ini adalah kisah adik saya yang bongsu kemain manja. Muhammad Nursi Badi'uzzaman,he's kanak-kanak AUTISM and ada masalah sikit dengan saraf dia,haa,centulah lebih kureng ceghitonyee.For those yang tak tau amende tu autism,silelah bace disini ye Autism
so ni adalah antara tanda-tanda Autism :
actually,nursi ni lahir tahun 2005,time tu aku dah darjah 6 dah.Kitorang sebenarnya hanyalah bertiga beradik kakak aku,aku and adik aku dean tu ha,pastu umur pun tak jau beza sangat.Pastu satu hari tu, tetiba cakap kat umi yang kitorang nak adik,sebab boring kot just tiga beradik ni je kan,pastu,3rd August 2005 tu,keluarlah seorang putera yang kacak+cute ke dunia yang fana ini..haa..gitu..
ummi cakap,time nak lahirkan Nursi tu ada sedikit komplikasi,disebabkan nursi ni kemain besar sangat,maka agak susah la kan nak keluar ke dunia fana ni,nursi lemas masa dilahirkan tu,and dipendekkan ceghita lah ye,dua minggu Nursi duk kat hospital dengan tiub-tiub yang bermacam jenis melekat kat tubuh nursi time tuh,memang sebak jugak la konnn kalau tengok,and pastu,Nursi dah boleh keluar dari hospital pastu kitorang sekeluarga eksaited gile ah sambut ahli baru dalam keluarga ni kat hospital tu.Pastu aku macam geram tahap kritikal dah nak pegang baby brothaa aku ni,pastu sekali ayah bagi kat aku,perghh,berat bak hang ! naseb baik tak jatuh awak,adik disebabkan kakak awak yang tah pape ni..HAHA..
pendekkan citer lagi eh(sebenarnya,dia malas nak taip)........
now,Nursi da nak masuk lapan tahun,da besar dah adik aku yang sorang ni haa,but,still tak boleh nak bercakap lagi,nursi just boleh sebut certain words je macam "ayah", "air".tak tau la kenapa dia boleh sebut perkataan ni,tapi kureng jelas ah kan..walaubagaimanapun,aku tetap bersyukur sesangat alhamdulillah sebab walaupon nursi tak boleh nak bercakap macam bebudak lain yang sebaya dengan dia,at least,dia aktif,dapat berjalan macam bebudak normal.Dapat makan bebanyak,makan nasik,makan itu,makan ini,memang kalau makan,kemain berselere,tapi memilih jugak,kalau makanan tu tak berapa nak sedap or tak ikut selera dia,memang nursi tak nak makan la.alololo.
He's very sensitive,i mean dengan cuaca or suhu persekitaran,tak boleh terlampau sejuk,tak boleh terlampau panas,because,dia kan ada masalah saraf,so,kalau cuaca terlampau panas or sejuk sangat,akan affect dia punya saraf.camtu ah lebih kurang(tak reti nak explain cane).
sampai sekarang pun,nursi still lagi dengan ubat-ubat,memacam ubat ade,tapi yang homoepathy la kan,sebab,ayah,ummi ikhtiar,nak suruh nursi sembuh dan sihat macam kekanak lain.Alhamdulillah,dia tak liat pun makan ubat.Pastu,ade jugak cari alternatif lain,buat rawatan islam,sebab nak pulihkan dia punya saraf tu,aku pun tak reti nak cakap saraf dia problem macam mane,tapi yang pasti,saraf dia bermasalah la.
Pastu nursi suka tantrum(mengamuk).Contoh macam,dia nak pegi jenjalan tapi kitorang buat selamba,buatbuat taktau je,so,mulalah si kecilku cak ni nak tantrum(mengamuk),kadang-kadang tu mengamuk sampai boleh mencederakan diri sendiri tau tak.Nursi pukul-pukul kepala dia,gigit tangan dia sendiri atau flapping dia punya tangan dan yang paling menakutkan adalah dia suka gigit orang,semua orang dalam rumah ni dah kena gigit dah ngan Nursi ni,sakit tu memang sakit,tak terungkap oleh kata-kata.haha.Pastu(pastu lagi) kalau ayah baru balik keje,memang dia yang kekalut tunggu depan pintu pastu suroh ayah dukung buat round-round sekeliling rumah,tu kire aktiviti wajib ah,kalau tak,tantrum la jawabnye.Kalau time nak tido pun suroh ayah yang dodoikan dengan surah al-mulk.tak nak orang lain,nak ayah jugak..
Nursi,memang seisi keluarga lah kena jaga dia,kekadang tu,time berjalan pon boleh jatuh pastu nangis pastu kena pujuk pastu kena dukung,haa macam-macam,bayangkan aku dukung budak lapan tahun,tapi adik aku takdela berat sangat,hahahaha,pastu,suka panjat meja makan,panjat kerusi,segala benda dia nak panjat,so,pendek kata,kena sentiasa awasi nursi ni,haha,Letih tu memang la letih nak jaga dia,but aku bersyukur sebab Allah hadiahkan kitorang sekeluarga dengan Nursi,aku tak rasa pun macam beban,tapi sebenarnya aku happy ada adik aku yang special ni,boleh buat kitorang gelak,pastu hubungan kekeluargaan tu makin erat la gittu and sedikit sebanyak,aku terinspirasi oleh ayah ummi aku,dengan kesabaran and ketabahan dorang jaga adik.ikhtiar memacam cara supaya nursi sembuh and tak pernah nak berkira walau sesen pun masa nak buat rawatan nursi.nangesssssss!
Sampai sekarang,nursi memang kena buat therapy kat hospital,speech therapy and occupational therapy,dalam sebulan sekali.Pastu time aku teman ummi bawak nursi pegi hospital,aku dapat lihat,ramai kanak-kanak lain yang ada macam-macam masalah yang lebih teruk dari nursi,macam mana aku tengok,seorang ibu,terpaksa dukung anak dia yang berumur belasan tahun yang ada masalh saraf jugak ke hospital,aku dapat tengok seorang ibu dengan anaknya yang ada masalah kepala besar,dan macam-macam lagi masalah.Kalau aku nak cakap akulah manusia yang paling susah atas dunia ni sebab ada adik macam ni,aku salah! sebab ramai lagi yang lebih susah daripada aku sekarang and perkara paling penting is bersyukur.sentiasa bersyukur.and redha tu penting.Allah uji kami sekeluarga dengan Muhammad Nursi Badi'uzzaman,sebab Allah lebih tau apa yang terbaik dan DIA tahu aku dan keluarga mampu untuk hadapi semua ni.Aku percaya,kalau Allah nak bagi kebaikan untuk hamba dia,Allah akan beri ujian terlebih dahulu.
(lap air mata jap)
kekadang tu sedih la jugak sebab kalau tengok kekanak lain yang sebaya dengan dia,boleh main-main bola dengan kekawan,boleh naik basikal pergi sekolah,tapi Nursi,Nursi tak boleh,Nursi tak macam kanak-kanak normal yang takde apa-apa masalah tu.Nursi memang macam baby baby lagi.Tapi,nak buat cemane kan,Allah nak bagi,so terima and redha.that's it.
Muhammad Nursi Badi'uzzaman,
I just want you to know that
ummi ayah kak long kak ngah and abe dean will always love you.
and we'll always protect you.
hug and kiss for u,adik.
love you adik sayang.
moga cepat sembuh.
amin.
doakan adik saya eh .
wassalam..

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


No comments:
Post a Comment