salam..
Tetiba je terfikir.
Aku sebenarnya tak pernah terfikir/terlintas/termimpi pon nak ambik course ni dedulu.Tak pernah sama sekali.
dulu,before SPM,aku ada bagitau ayah yang aku nak ambik course cullinary kat UITM sebab aku suka masak.Memula,ayah aku bagi sebab ayah aku ni baik.Dia tak suka nak paksa-paksa anak dia ni ambik couse yang tak disukai sebab ayah aku cakap,nanti tak enjoy study.kan?
tapi,beberapa hari lepastu,ayah tukar fikiran..
ayah aku tanya,"betol nak amik cullinary ni?serious?
then aku pon cam,"eh nape ni?nape ni? serious la yah"
then ayah aku cakap.fikir dulu bebetol."Masak untuk suami je la"
eh?time tu aku dah paham dah yang ayah aku ni tak nak aku ambik course ni,aku paham,then aku pon ikut la tapi pastu aku dah tak tau nak amik course apa.
pastu after SPM tu,aku dah decide nak masuk UIAM,tu kira Universiti idaman aku la kat Malaysia ni,aku nak sangat sangat sangat sangat gi situ.Last gi UIAM time aku darjah 4 ke 5 tah tak ingat.Tapi dengan result SPM tu tak melayakkan aku nak jejak kaki kat situ,uhuhuhu,k fine,takpe,aku redha.
pastu,aku tunggu jugak panggilan kedua,tak putus asa,nak jugak masuk UIAM tu,paham tak,nak jugak...tapi still tak boleh,and aku down...time tu aku dah daftar untuk form 6 STAM tapi aku cam tak nak amik STAM!!!kekawan aku yang laen dah fokus hafal-hafal and aku?aku still tak tau kemana hala tuju aku.
Masa STAM tu,aku pernah tersenarai dalam pelajar yang paling terok dlm exam tu,ye la,sebab aku tak study amende pon,ish.
Parents aku cakap better amik STAM then terus degree tapi time tu aku tak dengar cakap..degil !
aku buat keputusan sendiri..
aku ada apply college..
then,aku dapat la offer letter dari college-college berkenaan,tapi diploma la in syariah.
time tu,aku dah excited nak gi,aku dah bagitau ayah umi,whatever happens,tak kire,nak gi gak..
then,ayah aku suruh fikir masak masak masak semasak masaknya,
ayah aku tak nak aku menyesal nanti..
aku ikut la cakap ayah aku sebab aku percaya,kat situ ada kebaikannya,ayah aku tu lagi tau dari aku en.so aku ikut..aku amik STAM,alhamdulillah,dapat jugak kejar walaupun awal awal tu aku cam tercicir sangat-sangat.
After STAM,aku decide nak ambik Syariah,aku apply la universiti yang ado kat Malaysia ni haaa..
tapi panggilan pertama,aku tak dapat and pastu aku dah tak berharap sangat dah kat IPTA ni,aku terus apply KUIN in Syariah,and aku dah bertekad dah nak belajar kat sini,4 tahun.
pastu dalam 3 4 bulan study kat KUIN,tetiba aku dapat tawaran ke USIM in Pengajian Akidah dan Agama,aku cam tak caye and cam tak nak gi sebab aku tak tau amende kos tu?aku tak apply pon kos tu,aku dah syok syok study syariah kat KUIN ni,tetiba dapat tawaran tu and aku buat keputusan tak nak gi,aku nak stay kat kuin ni je,tolongla paham..haha,time tu,lagi sekali,family aku suruh aku fikir betol-betol and aku pon ade la google sket pasal course akidah ni and tau la jugak serba sedikit and aku cam mmm not bad gak,try aaaahhh..
and Alhamdulillah,sekarang dah nak habis dah sem 3 pastu nak pasuk sem 4 lak,rasa cam baru semalam aku masuk USIM ni haaa.Esok final !
aku enjoy study course ni,alhamdulillah,Allah tau apa yang terbaik untuk hamba-hamba dia,Belive in HIM.Kadang-kadang,aku terfikir,bukan saja saja Allah nak letakkan aku dalam course ni,aku yakin ada kebaikan dia,ada hikmah yang awal-awal ni memang kita tak nampak,tapi nanti,inshaAllah.
Hari tu kawan aku cakap,mungkin Allah letakkan kita dalam kos ni sebab nak suruh kita berubah ke arah kebaikan.Mungkin selama ni kita jauh dari DIA.Maybe.Mungkin sebab,dalam keluarga kita tu,takde sorang pon yang amik islamic studies then Allah pilih kita untuk ubah family kita ke arah yang lebih baik.sape tau..
k,tu je,doakan saya final exam besok..Rabbi Yassir wala tuassir.May Allah ease.
No comments:
Post a Comment