Iols nak share resepi ni. Memandangkan minggu ni study week, so biasala tetengah malam tu lapar en, nampak tak gigih nau study, tipu je. heheheheh
Resepi ni mashaallah sisturrr, mashaallah brotha senang giler cecampak je pastu dah siap..
resepinya adaaaaaalahhhhh, gedeng gedeng gedengggggg..
POTATO SALAD.
![]() |
| Gambar Google je. |
ni makanan omputeh, banyak version sebenarnya, tapi ni yang paling senang lerr uolssszz.
Bahan-bahan :
- Ubi kentag( Potong dadu)
-sosej (tak nak taruk pon takpe)
-daun bawang
-mayonis
-lemon
-garam secukup rasa.
Cara buat :
1- Ubi kentang tu rebus sampai empuk ye. Masa rebus tu,masukkan garam sikit.sikit je.Kang masin pulak.not nicee. Sosej tu pun rebus jugak.
2- Pastu, bila kentang tu dah empuk, toskan. Sosej tu pun toskan jugak.
3-Pastu gaulkan kentang and sosej tu dengan mayonais. Ikut suka hati korang la nak taruk banyak ke sikit mayonis tu, aku prefer sederhana sajjjo.
4- Pastu, bila dah gaul semua kentang and sosej tu dengan mayonis, sperahkan jus lemon tu, jangan banyak sangat, nanti masam,not nice, aku guna sebelah je lemon tu.
5- Last sekali, taburkanlah daun bawang tu uolszzz, ok dah siap..Hidangkan dan makan.har har.
Ok tu je resepi Potato Salad kita hari ni. Mudah je kan. Boleh dimakan begitu sahaja atau makan dengan roti ke apa ke, ikut lah. Kalau nak makan sejuk, sila lah masukkan dalam peti ais dulu. Tapi aku suka makan panas-panas, siap je aku terus makan..Ok bye.

No comments:
Post a Comment