Kawan pergi, kawan datang. aku tak kisah. itu hak dia nak pergi ke nak datang.Jujur aku cakap, aku memang tak ramai kawan, kawan aku boleh dikira dengan jari je. memang ada orang cakap aku ni menyedihkan sebab tak ramai kawan.jap. menyedihkan kau kata? nak sedih apa? aku dalam berkawan aku tak amik kisah pun pasal kuantiti tapi apa yang penting, kualiti. Kalau kau ada empatratusribujuta kawan, tapi bila kau susah, empatratusribujuta kawan tu jugak menghilang entah ke mana, buat apa? lagi la menyedihkan. Lagi baik kalau kawan kau tak ramai tapi dia stay je dengan kau masa kau susah and masa kau senang. Dia tak kisah.
Aku dah biasa dah rasa camni, bila kau senang, ada segalanya, berduyun-duyunlah kawan datang carik kau, sebab apa? sebab kau ada kepentingan untuk dorang. Ada orang yang nak kawan dengan kau sebab kau ada itu ini, tapi bila time kau dah takde pape, bila kau rasa kau perlu bahu untuk kau sandar, dorang semua menghilang entah ke mana. Takpe, aku tak kisah pun. Aku malas nak expect apa-apa dah dari manusia.
Kau nak tahu tak, bila mana kau tu mak ayah aku pun kenal kau, bila mana aku boleh share semua benda dengan kau, bila mana aku boleh jadi gila-gila, bila mana kau tu tak kisah baik buruk bengong aku, tu maksudnya kau special la bagi aku.paham tak? and bila aku ada kawan yang camni, aku kena la hargai betul-betul sebab ye la, kawan dah la tak ramai, so, yang ada ni kena la hargai.
aku minta moga tuhan merahmati kita semua dan terima kasih kawan, for always being there for me.Thank you.
No comments:
Post a Comment